Monday, February 7, 2011

kebaikan soya...


Soya – Protein soya membantu mencerahkan serta mencantikkan struktur kulit dari dalam secara  semulajadi.


Dessert

                   Fruity Soya Bean Jelly


anda boleh menempahnya sekarang sama ada untuk perayaan, kenduri kahwin, perniagaan dan sebagainya..
harga boleh dirunding...
sebarang tempahan boleh dibuat di talian seperti berikut: 0103715528

Wednesday, January 19, 2011

kelebihan kacang soya

 


Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.

Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.
 

kebaikan kacang soya

KACANG SOYA DAN KESIHATAN
Home
Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000  tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.          Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-  
         I.      Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui    pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.     
  II.      Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.  
 III.      Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
     IV.      Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan
masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
         V.      Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran. Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran? 
q       Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria,   kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
q       Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.q       Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
q       Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.q       Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
q       Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.q       Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.
 

Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.

 
    
                                   
Tambahan:
Khasiat kacang soya untuk wanita
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.



inginkan kelainan di hari bermakna dalam hidup anda..

jangan tunggu lagi!!!!!!!!

jika anda inginkan majlis perkahwinan anda lain dari yang lain anda boleh menempah tau fu fa untuk diagihkan kepada tetamu.. kami akan sediakan dalam bekas yang sesuai untuk tetamu yang ramai dan harga yang berpatutan untuk anda...anda bolehlah menempah sekarang...
ada yang berperisa pandan+air gula putih, tau fu fa perisa pandan+gula itam, tau fu fa asli soya putih+air gula putih, dan tau fu fa soya asli + air gula itam...
tempah la sekarang di talian heri: 0103715528
tempahan amat-amat dialukan kepada seluruh warga felda jengka, pahang...

tau-fu-fa pandan

tau fu fa pandan ini ada yang gula itam dan gula putih

jelly tau fu fa+cincau